Friday, 3 May 2013
Thursday, 2 May 2013
KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Kaedah Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
Konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak
membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead
knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di
sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid
berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi
pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi
menyelesaikan masalah harian.
Wednesday, 24 April 2013
KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF
Kaedah
Pembelajaran Secara Koperatif
Sebagai pendidik
kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan
kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis
yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan
mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini
termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran
berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan.
Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara
satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.
Tuesday, 23 April 2013
AYAT MAJMUK
Apa itu ayat majmuk?
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan atau menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.Percantuman ayat –ayat itu akan membentuk ayat yang baharu.Kata hubung seperti dan, sambil, lalu, dengan, atau, tetapi akan digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat tersebut.
Sunday, 21 April 2013
Saturday, 20 April 2013
LINGUISTIK DAN SUMBANGAN
Linguistik
Dan Sumbangan
Linguistik
bermaksud pengkajian bahasa secara saintifik. Linguistik meliputi aspek-aspek
fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, sistem ejaan, kosa kata, istilah,
sebutan baku, laras bahasa dan leksikologi sehingga pengetahuan mengenai
hubungan bahasa dengan kemasyarakatan dan kebudayaan. Linguistik menghuraikan
segala aspek bahasa terutama yang berkaitan dengan struktur dan sistem dalam
sesuatu bahasa. Bidang linguistik amat penting pada masa kini selaras dengan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Ia dapat memupuk pengamalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berbudi
pekerti dan keikhlasan kepada guru dan pelajar. Guru juga berperanan sebagai
penyampai dan pemberi ilmu. Oleh itu,
wajarlah guru menguasai dan menggunakan linguistik sebagai bahan pembelajaran
dan pengajaran.
Aspek lain yang berkaitan dengan bidang-bidang kajian bahasa juga berkembang. Kajian tentang bahasa tidak hanya meliputi satu aspek saja tetapi telah meluas ke aspek luar bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan kehidupan manusia. Oleh sebab itu, bidang linguistik memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dan terbukti dapat menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Antara
sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam
Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampu meningkatkan perpaduan antara kaum melalui
peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam
pelbagai bidang.
Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasa sama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang ini turut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaran bahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasa atau penyelidik bahasa.

Monday, 15 April 2013
DEFINISI DAN CIRI-CIRI PENGAJARAN
Definisi Pengajaran
Apakah makna pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu aktiviti atau tugasan yang dijalankan secara bersama oleh guru dan murid. Sebelum pengajaran bermula,guru akan merancang secara sistematik dan teliti dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengajar yang mudah dan sesuai.Aktiviti membimbing,memberi galakkan dan memotivasikan murid akan dijalankan secara serentak semasa guru menjalankan proses pengajaran.Ini supaya murid berminat untuk belajar dan dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang disampaikan semasa proses pengajaran.Kegiatan-kegiatan yang disusun dan dirancang dengan teliti adalah bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid.

Pengajaran yang disampaikan
oleh seseorang guru mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Antara ciri yang
terpenting ialah semasa proses pengajaran guru dan murid mesti terlibat.Di mana
guru adalah sebagai pengajar manakala murid pula sebagai pelajar.Proses ini
melibatkan interaksi antara dua hala. Jika murid tidak dilibatkan bermakna
proses pengajaran tidak berlaku dan sebarang aktiviti juga tidak dapat
dijalankan.Semasa proses pengajaran pelbagai kegiatan akan disertakan seperti
merancang,menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,memilih strategi
pengajaran,memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
menilai dalam setiap pengajaran yang telah dijalankan.Selain itu aktiviti yang
boleh dilibatkan juga dalam pengajaran ialah aktiviti yang berkaitan dengan
intelek iaitu pemikiran juga perasaan. Pengajaran yang berkesan dapat
dilihat jika pelajar menguasai dengan
sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru.Perubahan tingkah
laku juga dapat dikesan jika pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran
pengajaran.Mengikut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah untuk menukar
tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
Saturday, 13 April 2013
Thursday, 11 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Tuesday, 2 April 2013
SEPATAH KATA DARI SAYA....
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.Saya Suara Binti Losoh adalah merupakan pelajar PJJ UPSI Kohort 4 kumpulan EL-S01.Syukur alhamdulillah dengan izin Allah serta bantuan suami,keluarga,rakan-rakan dan juga pensyarah akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu tahun 3.Harapan saya semoga blog ini boleh dijadikan panduan untuk guru-guru yang seangkatan dengan saya.Saya juga mengalu-alukan pandangan membina anda dalam pengisian blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)