Thursday 2 May 2013

KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Kaedah Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian.



Wednesday 24 April 2013

KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF


Kaedah Pembelajaran Secara Koperatif
Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.



Tuesday 23 April 2013

AYAT MAJMUK

Apa itu ayat majmuk?



Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan atau menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.Percantuman ayatayat itu akan membentuk ayat yang baharu.Kata hubung seperti dan, sambil, lalu, dengan, atau, tetapi akan digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat tersebut.

Saturday 20 April 2013

LINGUISTIK DAN SUMBANGAN


 Linguistik Dan Sumbangan
Linguistik bermaksud pengkajian bahasa secara saintifik. Linguistik meliputi aspek-aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, sistem ejaan, kosa kata, istilah, sebutan baku, laras bahasa dan leksikologi sehingga pengetahuan mengenai hubungan bahasa dengan kemasyarakatan dan kebudayaan. Linguistik menghuraikan segala aspek bahasa terutama yang berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa. Bidang linguistik amat penting pada masa kini selaras dengan  kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia dapat memupuk pengamalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berbudi pekerti dan keikhlasan kepada guru dan pelajar. Guru juga berperanan sebagai penyampai  dan pemberi ilmu. Oleh itu, wajarlah guru menguasai dan menggunakan linguistik sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran. 

Aspek lain yang berkaitan dengan bidang-bidang kajian bahasa juga berkembang. Kajian tentang bahasa tidak hanya meliputi satu aspek saja tetapi telah meluas ke aspek luar bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan kehidupan manusia. Oleh sebab itu, bidang linguistik memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dan terbukti dapat menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Antara sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampu meningkatkan perpaduan antara kaum melalui peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasa sama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang ini turut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaran bahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasa atau penyelidik bahasa.



Monday 15 April 2013

DEFINISI DAN CIRI-CIRI PENGAJARAN


Definisi Pengajaran



 Apakah makna pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu aktiviti atau tugasan yang dijalankan secara bersama oleh guru dan murid. Sebelum pengajaran bermula,guru akan merancang secara sistematik dan teliti  dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengajar yang mudah dan sesuai.Aktiviti membimbing,memberi  galakkan  dan  memotivasikan  murid akan dijalankan secara serentak semasa guru menjalankan proses pengajaran.Ini supaya murid berminat untuk belajar dan dapat  memperolehi ilmu pengetahuan yang disampaikan semasa proses pengajaran.Kegiatan-kegiatan yang disusun dan dirancang dengan teliti adalah bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid.

Ciri-Ciri Pengajaran



Pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Antara ciri yang terpenting ialah semasa proses pengajaran guru dan murid mesti terlibat.Di mana guru adalah sebagai pengajar manakala murid pula sebagai pelajar.Proses ini melibatkan interaksi antara dua hala. Jika murid tidak dilibatkan bermakna proses pengajaran tidak berlaku dan sebarang aktiviti juga tidak dapat dijalankan.Semasa proses pengajaran pelbagai kegiatan akan disertakan seperti merancang,menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,memilih strategi pengajaran,memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta menilai dalam setiap pengajaran yang telah dijalankan.Selain itu aktiviti yang boleh dilibatkan juga dalam pengajaran ialah aktiviti yang berkaitan dengan intelek iaitu pemikiran juga perasaan. Pengajaran yang berkesan dapat dilihat  jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru.Perubahan tingkah laku juga dapat dikesan jika pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran pengajaran.Mengikut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan