Thursday 2 May 2013

KAEDAH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Kaedah Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian.




Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang 'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan bagi membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa faktor :
  • Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain
  • Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep
  • Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka
  • Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
  • Pembelajaran berpusatkan murid
  • Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
  • Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
  • Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina
  • Murid digalakkan mengemukakan hipotesis
  • Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
  • Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
  • Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid
  • Murid digalakkan bekerja secara kumpulan
Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.









2 comments:

  1. interaksi dua hala antara guru dan murid. setuju dengan nota ini

    ReplyDelete
  2. pembelajaran secara konstruktivisme amat sesuai diamalkan didalam bilik darjah supaya pengajaran kita menyeronokkan cikgu.....

    ReplyDelete