AKTIVITI



                                PETANI YANG RINGAN TULANG
Pak Karim seorang petani yang ringan tulang dan berjaya.Dia melakukan pelbagai aktiviti untuk menyara keluarganya.Selain mengerjakan sawah padi,dia turut menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.Dia juga menternak beberapa ekor ayam dan itik.
Awal-awal pagi lagi,Pak karim sudah bangun.Selepas bersarapan,dia menuju ke reban ayam dan itiknya.Dia memberikan makanan kepada ayam dan itiknya sebelum pergi ke sawah.
Sawah padi Pak Karim sangat luas .Dia dibantu oleh isteri dan saudara-maranya.Ada yang mengubah anak benih,membaja dan mencabut rumput.Apabila padi sudah masak mereka akan menuai padi bersama-sama.Padi yang telah dibanting akan dianginkan lalu dijemur selama beberapa hari sehingga kering.
Setelah selesai kerja-kerja di sawah,Pak Karim akan membersihkan batas sayur dan membubuh baja pada sayur-sayurannya.Pelbagai jenis sayur ditanam oleh Pak Karim seperti kacang panjang,sawi,petola,terung,cili dan kangkung.Dia menjual hasil tanamannya seperti pisang,ubi keledek,ubi kayu di pasr tani dan pasar minggu.
Pak Karim berasa sangat gembira kerana segala penat lelahnya telah membuahkan hasil.Dia merupakan model petani jaya di kampungnya.Hasil pertanian dan ternakannya telah menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada Pak Karim sekeluarganya.


Aktiviti Kumpulan
Berdasarkan petikan yang telah kamu baca, cari ayat majmuk kemudian bina ayat tunggal berdasarkan ayat majmuk tersebut.


   1._____________________________________

   2._____________________________________

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Satu perkongsian ilmu yang baik. Tahniah.

    ReplyDelete