Definisi Pengajaran
Apakah makna pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu aktiviti atau tugasan yang dijalankan secara bersama oleh guru dan murid. Sebelum pengajaran bermula,guru akan merancang secara sistematik dan teliti dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengajar yang mudah dan sesuai.Aktiviti membimbing,memberi galakkan dan memotivasikan murid akan dijalankan secara serentak semasa guru menjalankan proses pengajaran.Ini supaya murid berminat untuk belajar dan dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang disampaikan semasa proses pengajaran.Kegiatan-kegiatan yang disusun dan dirancang dengan teliti adalah bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid.

Pengajaran yang disampaikan
oleh seseorang guru mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Antara ciri yang
terpenting ialah semasa proses pengajaran guru dan murid mesti terlibat.Di mana
guru adalah sebagai pengajar manakala murid pula sebagai pelajar.Proses ini
melibatkan interaksi antara dua hala. Jika murid tidak dilibatkan bermakna
proses pengajaran tidak berlaku dan sebarang aktiviti juga tidak dapat
dijalankan.Semasa proses pengajaran pelbagai kegiatan akan disertakan seperti
merancang,menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,memilih strategi
pengajaran,memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
menilai dalam setiap pengajaran yang telah dijalankan.Selain itu aktiviti yang
boleh dilibatkan juga dalam pengajaran ialah aktiviti yang berkaitan dengan
intelek iaitu pemikiran juga perasaan. Pengajaran yang berkesan dapat
dilihat jika pelajar menguasai dengan
sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru.Perubahan tingkah
laku juga dapat dikesan jika pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran
pengajaran.Mengikut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah untuk menukar
tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteSama-sama....
ReplyDeletekarikaturnya cantik deh,,,,,, kayak bidadari syurga ana
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete