Saturday, 20 April 2013

LINGUISTIK DAN SUMBANGAN


 Linguistik Dan Sumbangan
Linguistik bermaksud pengkajian bahasa secara saintifik. Linguistik meliputi aspek-aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, sistem ejaan, kosa kata, istilah, sebutan baku, laras bahasa dan leksikologi sehingga pengetahuan mengenai hubungan bahasa dengan kemasyarakatan dan kebudayaan. Linguistik menghuraikan segala aspek bahasa terutama yang berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa. Bidang linguistik amat penting pada masa kini selaras dengan  kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia dapat memupuk pengamalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berbudi pekerti dan keikhlasan kepada guru dan pelajar. Guru juga berperanan sebagai penyampai  dan pemberi ilmu. Oleh itu, wajarlah guru menguasai dan menggunakan linguistik sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran. 

Aspek lain yang berkaitan dengan bidang-bidang kajian bahasa juga berkembang. Kajian tentang bahasa tidak hanya meliputi satu aspek saja tetapi telah meluas ke aspek luar bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan kehidupan manusia. Oleh sebab itu, bidang linguistik memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dan terbukti dapat menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Antara sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampu meningkatkan perpaduan antara kaum melalui peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasa sama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang ini turut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaran bahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasa atau penyelidik bahasa.



3 comments:

  1. Tahniah kerana menyiapkan kerja kursus yang menarik. Ilmu yang dikongsi membawa berkat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas segala kerja sama dan tujuk ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita berkongsi ilmu didada,insyaallah akan mendapat pahala

      Delete